Struktur Atom

2.1 Jirim

  1. Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  2. Mengikut teori kinetik jirim , semua jirim terdiri daripada zarah halus yang diskrit yang sentiasa bergerak dan mempunyai tenaga kinetik.
  3. Zarah yang membina jirim mungkin atom, ion dan molekul.
  4. Atom ialah zarah yang paling ekcil bagi suatu unsur yang mengambil bahagian dalam suatu tindak balas kimia
  5. Ion ialah zarah yang bercas. Ion bercas positif dipanggil kation dan ion yang bercas negative dipanggil anion.
  6. Molekul ialah zarah yang tidak bercas, ia terbentuk daripada gabungan dua atau lebih atom.
  7. Teori kinetik menerangkan tentang perbezaan fasa jirim dari segi pergerakan jirim.
  8. Pergerakan jirim boleh buktikan secara ekperimen Pergerakan Brownian dan Resapan.
  9. Jirim boleh wujud dalam 3 fasa
  • Pepejal
  • Cecair
  • Gas










Zarah Pepejal

  • Zarah tersusun dengan padat dan teratur. Terdapat ruang kosong yang kecil sahaja
  • Daya tarikan antara zarah – zarah adalah sangat kuat
  • Jenis gerakan adalah Getaran dan putaran sahaja
  • Tenaga Kinetik paling rendah
  • Ketumpatan paling tinggi
  • Kemampatan paling rendah, iaitu paling susah dimampatkan
  • Isipadu dan bentuk tetap
  • Kadar resapan paling Rendah
Zarah Cecair

  • Zarah – zarah tidak tersusuan dengan teratur . Terdapat ruang kosong diantara zarah tetapi zarah masih bersentuhan diantara satu sama lain
  • Daya tarikan antara zarah sederhana kuat
  • Jenis gerakan Getaran , putaran dan translasi
  • Tenaga Kinetik Sederhana Tinggi
  • Ketumpatan Sederhana Tinggi
  • Kemampatan Rendah , iaitu tidak mudah dimampatkan
  • Isipadu tetap tetapi bentuk tidak tetap
  • Kadar resapan sederhana tinggi

Zarah Gas

  • Zarah tidak tersusun dengan teratur . Terdapat banyak ruang kosong di antara zarah – zarah
  • Daya tarikan antara zarah adalah sangat lemah.
  • Jenis gerakan Getaran, putaran dan translasi
  • Tenaga Kinetik Paling Tinggi
  • Ketumpatan Paling Rendah
  • Kemampatan Paling tinggi, iaitu paling mudah dimampatkan
  • Isipadu dan bentuk adalah tidak tetap
  • Kadar resapan Paling Tinggi
Perubahan keadaan jirim


  1. Jirim boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila ianya dipanaskan atau disejukkan.
  2. Apbila jirim dipanaskan, zarah – zarahnya akan menerima tenaga haba menyebabkan tenaga kinetik zarah turut bertambah.
  3. Apabila jirim disejukkan, zarah akan membebaskan haba menyebabkan tenaga kinetik zarah – zarah berkurang.




Proses


Peleburan
Pepejal - Cecair
Haba : Diserap
Tenaga Kinetik :Bertambah

Pembekuan
Cecair - Pepejal
Haba : Dibebaskan
Tenaga Kinetik :Berkurang

Pendidihan / Penyejatan
Cecair - Gas
Haba : Diserap
Tenaga Kinetik : Bertambah

Kodensasi
Gas - Cecair
Tenaga : Dibebas
Tenaga Kinetik : Berkurang

Pemejalwapan
Pepejal - Gas
Tenaga: Diserap
Tenaga Kinetik : Bertambah

Pemejalwapan
Gas - Pepejal
Tenaga: Dibebas
Tenaga Kinetik : Berkurang



2.2 Struktur Atom


Perkembangan Model Atom


  1. Banyak ahli sains telah menyumbang dalam pembinaan model atom
  2. Diantara mereka ialah
  • John Dalton

Atom terdiri daripada zarah yang kecil
  • J.J Thomson

Atom terdiri daripada atom satu awan yang berbentuk sfera dan bercas positif.
Elektron – elektron yang bercas negatif bertabur pada awan ini.
  • Ernest Rutheford

Atom berbentuk sfera dan mengandungi satu nukleus yan bercas positif.
Nukleus mengandungi proton yang bercas positif.
Elektron yang bercas negatif bertaburan di sekeliling nukleus.
  • Niels Bohr


Elektron bergerak mengelilingi nukleus pada petala – petala yang berjarak tetap dari
nukleus.
  • James Chadwick

Neutron ialah zarah bersifat neutral
Nukleus terdiri daripada proton dan neutron ( kecuali atom hidrogen)



Zarah Subatom

  1. Tiga zarah subatom ialah proton, elektron dan neutron.
  2. Proton dan neutron terkandung dalam nukleus sesuatu atom
  3. Nukleus atom bercas posittif kerana terdapat proton yang bercas positif didalamnya.
  4. Ciri – ciri zarah subatom
Nombor proton dan Nombor nukleon
  • Nombor proton (nombor atom) ialah bilangan proton dalam nukleus sesuatu atom
Nombor proton = Bilangan proton = Bilangan elektron

  • Nombor nukleon ( nombor jisim ) ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus sesuatu atom
Nombor nukleon = Bilangan proton + bilangan neutron

  • Atom sesuatu unsur diwakili oleh simbol dimana
A – nombor nukleon
Z – nombor proton
X – simbol bagi unsur

Jadual menunjukkan nombor proton, neutron dan elektron dan juga simbol bagi unsur yang mempunyai nombor proton daripada 1 sehingga 20


2.3 Isotop

  1. Isotop ialah atom – atom unsur sama yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan.
  2. Isotop mempunyai sifat kimia yang sama kerana masing – masing mempunyai bilangan dan susunan elektron yang sama.
  3. Tetapi sifat fizik isotop seperti ketumpatan dan takat didih adalah berbeza.
  4. Isotop hidrogen boleh diwakili dengan simbol hidrogen -1 , hidrogen -2 dan hidrogen -3.
  5. Kegunaan isotop dalam kehidupan harian
  • Kobalt 60 – Sinar gamma digunakan untuk menghapuskan sel – sel kanser.
  • Karbon – 14 digunakan untuk mengkaji proses fotosintesis
  • Natrium – 24 digunakan untuk mengesan bahagian paip yang bocor.
  • Karbon – 12 dan Karbon - 14 digunakan untuk menentukan umur bahan purba.

2.4 Susunan Elektron Bagi Atom


  • Elektron dalam suatu atom disusun dalam petala yang mengeliling nukleus.
  • Setiap petala hanya boleh diisi dengan bilangan tertentu sahaja.
  • Cara untuk menentukan susunan elektron
  1. Tentukan bilangan proton bagi unsur kerana ia merujuk kepada bilangan elektron bagi atom
  2. Susun elektron dalam petala pertama terlebih dahulu dan selebihnya kepada petala berikutnya sehingga semua elektron telah dimasukan dalam petala.
  • Susunan elektron bagi unsur mempunyai bilangan proton dari 1 sehingga 20
  • Elektron di petala yang terluar dipanggil elektron valens
  • Hanya elektron valens terlibat dalam tindak balas kimia.
  • Unsur yang dengan bilangan elektron valens yang sama mempunyai sifat kimia yang sama.
  • Bilangan elektron valens dapat ditentukan daripada susunan elektron bagi atom
  • Sebagai contoh , susunan electron bagi Natrium ialah 2.8.1 . Jadi valens elektron bagi Natrium ialah 1



Akses Internet


Related Posts with Thumbnails